HOME MY BLOGSHOP

Friday, January 31, 2014

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2014

Assalamualaikum
Morning all blogger and friend out there
just drop by to wish all Chinese Friends

GONG XI FA CAI
XIN NIAN KUAI LE

MAY EVERY STEP YOU TAKE IN THE NEW YEAR
LEAD YOU TO HAPPINESS


smile wit luv

Wednesday, January 29, 2014

LUCKY DRAW PRESENT

Assalamualaikum
selamat petang all blogger
sangat penat arini rasa cam bz je
hahaha padahal takde la byk sgt kerja

ermm so MoOD pun takder
just nak share lucky draw yang aya dapat masa
makan malam aritu.... kalau dah lupa leh
BACA SINI

tadaaaa cantik dan masih dok dlm box
oklah adios amigos

smile wit luv

Tuesday, January 28, 2014

PERUBAHAN IKLIM DUNIA- ADAKAH KIAMAT SEMAKIN HAMPIR?

Assalamualaikum
selamat petang sumer
lama tak hupdate ni baru berpeluang
sebab dah balik Putrajaya so boleh la godek2
internet sbb line dah ada...hahaha

okla just nak share dgn kawan2 blogger
ni pun saya ambil dari satu laman web jugak
hihihihi




image

KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.
Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.

Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul ’2012′.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan. Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan. (renung kembali apa yang berlaku baru2 ini. ribuan ikan terdampar di lahad datu, puluhan ikan paus terdampar di persisiran pantai NZ, jutaan kerang ditemui di pantai mesir dsg)

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

Kiamat menurut Islam

Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:

Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.

2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.

3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda;
‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.’ (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman :
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)

Dan juga pada ayat:
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)

smile wit luv

Saturday, January 18, 2014

ANNUAL DINNER 2013 CPPP

Assalamualaikum
selamat pagi all blogger
hahaha kejadian ni pada 20 dis lalu
tapi  baru berkesempatan utk update almaklumlah
balik kampung lama makanya mmg kompom internet
nan hado... ni pun sebab kuar pekan br la sempat jengah
blog ni...muehehehe...so br la rasa nk update ini cite

ni our unit buat Majlis persaraan merangkap majlis
perpisahan dan majlis makan malam...amik ko 3 in 1
senangkan tak yah nak pening2 fikir nak buat 2 3 majlis
jimat pun jimat...muehehehehe...giler ko bab duit mmg  camgini
kalau ada sponser lain la citer kan

okla malas nak mererpek panjang2 moh layan
picca yang ada ni... mana yang sempat jer la yer

ucapan alu-aluan...opss lupa plak tema ktorg
malam tu adalah colour blocking...hahah blocking la sgt
(aya jd MC tak bertauliah)
antara menu dinner
ktorg buat dekat Bangi Golf
makanan sedap jugak 
menunya dah lupa muehehehe

bila namanya majlis makan malam
haruslah ada sesi menyumbang suarakan 
kalau tak, tak lengkap la majlis ktorg
ni antara penyumbang2 suara y 
hebat...mmg meriah giler ok n
paling best sbb our bos pn
tak ketinggalan jgk nyayi
mmg terbaik la..
(tp puas pujuk la)
nak lagi meriah mesti la ada lucky draw kan
so mmg ktorg bagi adil sebab semua menyumbangkan
so semua org dapat hadiah bezanya besar kecik mahal 
murah jer... memang happening la aya bagitau.. grand prize
mahal la sikit tp mmg berbalaoi la
ni plak adiah spesial bagi mereka2 yang telah meninggalkan
Cawangan PPP dan berkhidmat di tempat baru serta adiah persaraan 
buat our big bos (ketua cawangan we all)...so GOOD LUCK
everyone and we all will miss u 
(sakti, ummu, zebine n en Ibrahim)
and last mesti la ada sesi bergambar2 dulukan b4 balik
hahahaha layankan jelah kerenah anak2 didik bos ni
and wit my bestie Ummu...keep in touch ya
jeles ok makin cantik gorges kawan aku sorg ni
 ok itu aja utk arini
see u next time...papai

smile wit luv

Sunday, January 12, 2014

KURSUS @ A FAMOSA

Assalamualaikum
selamat pagi all blogger
salam hujung minggu kawan2
just nak story mory citer g kursus aritu
citer ni pun dah agak lama dok peram dalam
draft ni... hahaha almaklumlah kemalasan
melanda dan line tenet tak ok sbb dok kg
 
kejadian ni masa bulan disember aritu
13 hingga 15 Disember 2013 aya p kursus
dekat A'Famosa Resort Melaka.. Kursusu Kewangan
hehehe saja la nak cukupkan kursus katanya nak
boh dalam LNPT...hihihihi... aya poi ngan saing
so kita org dok sebilik ler...kan senang
ermm cer tgk comei2 jer kupon makan
dia colourful lagi...muehehehe
bilik dia pun not bad la...besar sgt2 n selesa ok...
dapat katil queen dua2...mmg sedap tido okey.. yang tak best
sebab iron dia kat blkg lift which mean kat area lobi so
agak tak sesuai ler..nak angkut baju g lobi iron...
so sapa2 nak p dok resort dia dinasihatkan bawa iron ea
ni antara menu lunch yang sempat aya snap
yang lain lupa nak snap sebab lapar sangat..trus ngap jer
bestnya kat sini sbb dia ada byk pilihan mknan..dari
dessert sampaila ke main course dia..pada aya sdpla
sempat lagi posing2 sementara tunggu nak masuk kelas
hahaha...tapi abaikan sbb pencahayaan berlebih2 plak
disebabkan masa pergi tu dekat Christmas eve makanya
dekonya pun udah siap dekat lobi nak ke ruang makan
cantik jgk wlpn blom siap sepenuhnya,,,dah haruslah cik blog 
ni menggedik nak snap picture dgn uncle Santa..hahahaha
layankan jer la perangai kanak2 yang msh ada dlm diri ni
ni second day nak g class... muehehe sempat lagi
berposing-posing dulu...dah nama giler glamourkan
(ko tak suka apa aku kesah...hahahaha)
ni plak sebelah malamnya ada BBQ Dinner
so tema aya malam ni purple gitue,,,rasa suka
plak dengan warna purple ni...jengjengjeng
 
ni antara menu yang aya ambil la
sebab dah agak kenyang sgt so just ambil yang
biasa2 jer la...tapi yang sedapnya sos blackpaper
nyum3 sedap sehingga menjilat jari uuu.... hahaha
ni after abis class...ahad pagi tu trus plan dgn member
nak jalan ke Banda Hilir sebab dia tak penah dtg Melaka
so aya pun plan bawa dia g kat situ sbb byk tmpt blh p
tapi malangnya jalan sangat sesat dekat 2 jam lebih
baru sampai dgn parking jauh so bawa g Bangunan
Merah jer ngan Mahkota Parade..nxt time la bawa
dia jalan2 lagi kat Melaka... so moh layan picca
last not least sbb dah penat sgt makanya jom balik
tgk muka dah penat n berminyak ok...mmg penat
bukan penat jalan tapi penat sangkut dalam kesesakan

moh aya kongsi sikit info pasal A'Famosa ea nak lebih2
boleh layan laman web dia ok
ada tiga jenis penginapan yang disediakan
Resort Hotel  RM 158++
Villa 4 room RM 488++
Condotel RM 288++

Ada theme park juga
Water Themepark
Safari Wonderland
Old West (Cowboy town)
Sport and Recreation

Golfing

oklah adios amigos
see you later okey kwn2 syg

smile wit luv

Wednesday, January 8, 2014

OUTSTATION ~~ LANGKAWI

Assalamualaikum
selamat petang kawan2 sumer
hahahaha nak perabis citer hat dok
terperap dalam draf ni...bln ni agak
lapang so mmg keje dok selongkar
apa citer yang tak update lagi..muehehe
walaupun dah lama  tapi nak story gak
almaklumlah bln lepas mmg busy sgt

macam aya ckp dlm n3 b4 ni la
aya mmg ujung thn kerap sgt kna g
outstation...hahaha nk penuhkan KPI
n sbgainya...so kna la follow..aya kan SYMP

ni kejadian pada 22 Disember aritu
aya kena follow top management poi Langkawi
hihihi mmg suka sgt sbb dh lama dok plan nk p
sekali rezeki dpn mata apalagi senyum sampai
telinga la..wlpn pi atas urusan kerja kan...hihihi
tp y tak syot sbb ongkos nan hado sbb lum gaji

first time pi Langkawi naik flight ok so
macam agak cewi sikit d situ..almaklumlah aya
kan org Kedah so klu p Langkawi ni naik ferry jer
takde kekdah nak naik flight bagai..sekangkang kera
hahaha yelah tu 3 jam jgk la naik ferry..hahaha
(cumanya tambang murah la naik ferry banding naik belon ni)
baru aya tau airport dia kecik je..hihihi..at least
klu org tanya blh la jwb dgn bangganya sbb dh sampai
okla tujuan utama adalah visit this hospital
 
tapi disebabkan sampai awal so bos bawa p lunch dulu
then bos offer nak shopping tak...hahahaha gelak besau den
mmg NAK la...taksah klu tak bli ole2 bawa blik klu g mana2
so after lunch g shopping coklat la...sbb we all day trip je
mmg shopping siap2 la sbb after function trus blik KL
dalam sengkek2 pun smpt jgk la rembat a few choc
nilah hasil shopping aya..tak byk sgt sbb ongkos
kureng...kna la jimat2...hahahahaha

oklah adios amigos

smile wit luv

Tuesday, January 7, 2014

BANJIR DI KEMAMAN

Assalamualaikum
selamat pagi all blogger
ermm kita semua pun tahu kan
bulan Disember lalu banjir teruk
melanda kemaman dan pahang 
IKHSAN PAKCIK GOOGLE-AREA CHUKAI
 aya berkesempatan pergi melawat mangsa 
banjir dengan bos2 aya... ktorg trun kemaman
pada 17 Disember tu after keadaan banjir dah ok
skit sbb our klinik ada yang terlibat dgn banjir ni
mmg ada a few klinik yang rosak teruk  akibat dinaiki
air sehingga paras siling dan kwsn2 berkenaan tdk pernah
mengalami kenaikan paras air sebegitu tinggi pada sblm2 ni
so our big2 bos trun padang melihat sendiri dan
menghulurkan sedikit sumbangan kepada staff
yang terlibat dengan kejadian banjir ini
antara kawasan laluan kami
(tp ms lwtn ni air dah surut cuma lumpur je)
ada sesetengah jalan yang rosak teruk
our Minister sdg mendengar taklimat mengenai bencana banjir
so after taklimat dan melawat klinik ktorg 
dimaklumkan bahawa start 18-20 Dis dijangka 
gelombang kedua akan melanda semula... ya Allah
harap2 sumer tu just anggapan dan andaian jer la
sbb ktorg masih di Kemaman...perasaan risau 
tu memang ada la kan

 ms otw nk balik ke airport Kuantan tgk 
awan mmg dah gelap mmg ati risau jgk
 tkt2 fligh delay or anything happen kan
smpai je airport hujan trun mencurah2
nasib fligh tak cancel cuma delay je kejap :)
****************
dalam takut2 n wisau tu smpat lagi singgah beli
kopok n sata kat Warung Azis Satar Kemaman
 apapun alhamdulillah tiada gelombong kedua
yang melanda negeri berkenaan... harap semua 
mangsa yang terlibat dgn bencana ini tabah dan cekal
menghadapi ujian dariNya...dan dgn sumbangan2
yang diterima dapat meringatkan beban kalian

JUST TO SHARE
*******
********
ketabahan dan kecekalan our doctor
http://hkemaman.moh.gov.my/j1/upload/images/gambar/keratan_akhbar/hmetro-10122013.jpg

smile wit luv

Monday, January 6, 2014

Kuching Agains~Outstaion+ Makan

 Assalamualaikum
hai all blogger..how r u guys
ermmm hujung2 tahun ni mmg dah 
biasa org sibuk nak cuti aya sibuk kna
kuar g outstation...hahaha always like that

kejadian ni masa awal bulan Disember aritu
hahaha dok terperam jer dlm draf sbb asyik busy
kuar tak benti2 last month so br berpeluang nk update
aya kuar outstaion ke Kuching lagi... so kali ni
aya stay kat Grand Continental plak... mmg 
ok jugak la... bilik besar wifi ok..tu y pting
so biasala kan bila kuar outstation mkn mmg wajib
hahahaha tapi special kali ni musim durian kat sana
so apalagi abis jer kerja...otw balik singgah la mkn
duyan Sarawak dulu...org sana blanja..apalagi tibai jela
yang syoknya....beli trus makan kat situ mmg heaven
(petua org Swk nk bg tgn or mulut tak berbau..
bsh tgn n mulut dgn air dr kulit doyan)
oklah tu je pun nak story dlm n3 ni
last not least mestila gbr poyo cik blog
almaklumlah bila dtg otel time Christmas eve
deko mmg cantik makanya harusla bergambo dl
 hehehehehee

smile wit luv

Sunday, January 5, 2014

## HAPPY NEW YEAR 2014 ##

Assalamualaikum
selamat malam sumer
masih belum terlambatkan
 untuk aya mengucapkan
 
to all my blogger sumer
semoga tahun ini akan akan lebih baik dari
tahun2 sebelum samada dlm kehidupan, kerjaya atau ibadah
sama2 lah kita melangkah dengan penuh semangat
dalam mengharungi kehidupan mendatang
semoga setiap langkah kita dipermudahkan
dan dilindungi dengan rahmat dariNya
amin

smile wit luv

Thursday, January 2, 2014

CONGRATULATION

Assalamualaikum
selamat petang semua
just to wish congratulation to
team penilaian projek yang telah berjaya
mendapat Anugerah Kementerian Beprestasi Tinggi
(OUTCOME)
mewakili bahagian dan Kementerian
bangga ok dok Cawangan ni
hahahahahaaha

apapun TAHNIAH


smile wit luv

Wednesday, January 1, 2014

REVIEW DRAMA KOREA : 7TH GRADE CIVIL SERVANT

Assalamualaikum
selamat malam all blogger
arini just nak buat review drama
so moh layan yer


SINOPSIS
7th Grade Civil Servant adalah drama siri ya g menceritakan tentang sepasang perisik yang terpaksa menyembunyikan identiti masing2 atas alasan tugas yang diberikan dan dalam masa menjalankan misi rahsia mereka telah jatuh cinta. Ia juga menyelitkan unsur persahabatan, kekeluargaan dan konflik yang harus dihadapi. Ini kerana mereka adalah dari Agensi Latihan Perisikan Korea (NIS) yang sama  tapi mempunyai kesudahan yang berbeza. nak tau harus la tontoninya..hahahaha. Dibintangi oleh CHOI KANG HEE sebagai Seo Won dan JOO WON sebagai Gil Ro.
Bahasa : Korea
Genre : Action, Comedy, Korean Drama,
sekarang citer ni tgh main kat TV 9 setiap Selasa & Rabu
jam 9.30 malam... so layan ok..

PELAKON UTAMA

 Joo Won (Han Gil-ro)  Kang-hee Choi (Kim Seo-won)
Joo Won as  Han Gil Ro & Choi Kang Hee as Kim See Won
PELAKON PEMBANTU

Hwang Chamsung as Gong Do Ha
Kim Min Seo as Shin Sun Mi
Ahn Nae Sang as Kim On Seok

pada aya citer ni mmg best sbb aya mmg suka
citer2 yang macam aksi2 gini. tambah selit romantik gitu 
muehehehe mmg i love it la kan.....so pada peminat drama
korea boleh la layan yer... aya dah abis tgk kat tenet
hahaha punya la tak sabar nk tunggu main kat tv kan
sp far aya  give 4/5 star

smile wit luv
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI