HOME MY BLOGSHOP

Wednesday, December 18, 2013

REVIEW NOVEL : MY PRECIOUS IRIS

Assalamualaikum
selamat petang kawan2 sumer
arini aya agak lemau dtg opis... bdn rs ponat sgt
so td just blogwalking n now nk buat review plak
 layankan jer ya kwan2 sumer

that is the third novel that i have and read which is
the author is Sis Melur Jelita...karya-karya beliau memang superb
jalan cerita serta susunan plotnya memang boleh membuatkan setiap pembaca
dapat menghayati dan menyelami setiap watak-watak yang cuba disampaikan
kadangkala seolah-olah kita turut sama merasai keperitan yang dilalui
setiap novel yang dikeluarkan memang mempunyai aura yang berbeza

so this time just to review this novel kesinambungan dari
novel I Love You Stupid (ILUS)...pernah review  KAT SINI
this is My Precious Iris (MYPI)
and the sinopsis is here
v
v
v


Novel setebal 1001 mukasurat ini saya habiskan dalam masa seminggu jugaklah sebab agak sibuk. biasanya dalam tiga hari dah settle novel setebal ni...hahahaha...sanggup tak tidur ok demi nk tau citer ni sampai the end.... tapi bagi yang nk baca novel ni kena dapatkan dulu novel ILUS kalau tak nanti tak faham jalan cerita dari awal sebab bila baca MYPI ni dia dah macam cerita tgh2 and byk juga dia rewind plot dlm ILUS... so kna dapatkan dua2 karya kak Melur baru umpp baca novel ni....hiihi tak gitu kak Melur... jom nak share sikit2 apa yang sy ingt pasal novel ni
KISAHNYA BERMULA
Apabila pertunangannya Iris dan Aidan putus disebabkan sikap Aidan sendiri telah menyebabkan Iris merana. Dan dek kerana perasan sayang dan ingin melindungi dalam diri Firman terhadap Iris telah menyebabkan perasaan itu dipendam sendiri. Sakitnya hanya Allah yang mengerti mencintai dan menyayangi seseorang secara rahsia. Namun apabila berkahwin dengan orang yang dicintai sesungguhnya suatu yang indah. Begitu la indahnya hubungan kasih antara Firman dan Iris apabila mereka selamat diijabkabulakan. Firman, walaupun sering sibuk dgn tugasnya sebagai polis,  Firman adalah seorang yang begitu komited dengan kerjayanya demi melindungi agama, bangsa dan negara walaupun terpaksa mengorbankan kebahagian bersama isteri tercinta. walaupun begitu Firman tetap berusaha sebaik mungkin untuk melindungi Iris, walau dari jauh.

Namun kebahagian dalam rumahtangga mereka diuji dengan kehadiran Haris. Pertemuan Haris dan Iris pada mulanya adakah atas dasar perniagaan namun disebabkan Iris banyak meluangkan masa dengan Haris dek kerana kesibukan tugas Firman.   Iris sering keliru bila dia bagaikan melihat Firman setiap kali bersama Haris. Moodnya terhadap Firman juga on-off. Iris dimandrem, itulah yang sebetulnya!. Bermulalah konflik dalam rumahtangga mereka.

Paling tragis apabila cubaan membunuh Iris, menyebabkan Iris buta. Iris tidak dapat menerima kenyataan itu dan menyalahkan Firman yang tidak berada di rumah ketika kejadian untuk melindunginya. ini menambahkan lagi konflik dalam perhubungan mereka yang seperti pasang surut. Namun dek kerana sayang dan kasih kepada isteri tercinta Firman tabah mengharungi ujian demi ujian untuk mempertahankan kerukunan rumahtangga mereka. 
Bermacam perasaan yang dapat kita selami semasa membaca novel ini ada perasaan SUKA, DUKA DAN ROMATIK antara IRIS THE DIVA PEMBUNUH SENYAP LELAKI TANPA BAYANG dan FIRMAN A.K.A ABANG PEDAS

Dalam novel ini, juga kita disajikan dengan pelbagai perkara yang tidak dijangkakan. Pelbagai pelajaran yang dapat kita ambil antaranya hubungan sesama manusia, sifat keperimanusiaan, rendah diri, hormat menghormati, kepercayaan, keikhlasan, keprihatinan, dan paling penting keteguhan hati dalam mempertahankan AGAMA,

tapi the ending tu aya agak sadis dan saspen dan paling tak syok sebab sangat mengelirukan! Aya ni bila masuk part emo memang la meleleh ayaq mata bagai tapi bila masuk part romantik plak sengih macam org tak betui...hahahah TAPI Syg tak best, sbb ending dia masih buat aya tertanya-tanya. Macam masih ada tanda soal besaq dalam kepala. Hmm..dah dua kali baca ending dia tapi tetap tak paham jugak... huhuhu

nak tau apa ending dia kenala baca novel MYPI ni okey

tapi sapa2 nak layan preview novel ni bleh TGK SINI

 oklah adios all blogger
smile wit luv

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI