HOME MY BLOGSHOP

Monday, September 2, 2013

NOVEL : SUAMI TAK KUHADAP


Assalamualaikum
selamat petang salam senin
jom today nak buat segmen review jer
penat coz baru abis meeting... hihihi

pergg tajuk bukan main tapi jangan salah sangka
just nak share novel terbaru yang saya baca
 dah lama juga saya tak share collection saya

walaupun novel ni dah lama di pasaran tapi baru
je saya berjaya membelinya sebelum ni baca kat online 
hehehe.... tp novel ni mmg best la... penuh dgn
sifat kekeluargaan, pengorbanan, kesetiaan, 
persahabatan dan kecintaan kepada Allah
congrat tu Rehan Makhtar... nvl dia mmg
best2 sumer

so siapa yang kaki novel tu
saya syorkan beli la tak nyesal punya
harga dia RM 25 utk semenanjung

i mls nak hurai pjg2 nant terlebih feeling
so u all baca jelah sinopsis novel ni ya
*
*

JIWANYA mati.  Hatinya ranap.  Hidupnya hanya punyai satu tujuan iaitu memusnahkan segala apa yang pernah memusnahkan hidupnya.  Nur Syaima memujuk tangisnya sendiri bila dia tersisih daripada perhatian dan tanggungjawab seorang ayah.  Pemergian ibu tercinta membuatkan air matanya kering dan tidak menitis lagi.  Dalam hatinya, hanya ada kebencian kepada ayah, Mak Cik Jalina dan juga Syed Ahmad Budriz apatah lagi setelah lelaki itu menghalau Faez daripada dirinya yang sepi. 
“Aku akan jadikan hidup kau lagi teruk dari neraka, Budriz!  Aku akan pastikan kau kesal dilahirkan ke dunia ini.  Aku akan buat bonda kau tersungkur melihat kecundangan kau di kaki aku!”  - Nur Syaima
Syed Ahmad Budriz akur bila menerima kebencian daripada Nur Syaima, adik tirinya.  Cinta yang terdetik di hatinya sejak pertama kali dulu ternyata tidak sirna begitu saja malah dia sudah terlalu mencintai adik tiri sendiri.  Namun, kerasnya hati Nur Syaima tak mampu dibendung hinggakan dia nekad menikahi adik tirinya setelah dia memerangkap Syaima. Dan dia tahu, nendanya yang menjaga darah keturunan pasti membantah.  Tapi, hati lelakinya berkata ya, lalu dia sanggup menjadi suami yang tak pernah dihadap bagi menghidupkan kembali jiwa isterinya yang mati. 
“Abang minta maaf.  Tapi, yakinlah dengan abang.  Takdir kita bukan kita yang tentukan.  Kita hanya perlu menerima.  Sayang bantu abang.  Bantu abang raih kasih sayang isteri abang sendiri…” – Syed Ahmad Budriz
Ada darah yang perlu dijaga. Ada hati yang perlu bernafas dengan cinta. Ada jiwa yang perlu dihidupkan dan ada dendam yang perlu dipadamkan. Adakah selamanya Budriz menjadi suami yang tak dihadap? Mampukah sebuah kehilangan membawa satu kebahagiaan?
nak baca click je link ni
happy reading 

smile wit luv




No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI