HOME MY BLOGSHOP

Friday, September 13, 2013

KELEBIHAN SURAH AT TAUBAH AYAT 128-129

Assalamualaikum
Salam Jumaat Penghulu Segala hari
apa khabar sumer blogger diharap sihat hendaknya
wah MoOD excited amat ni...WHY???
sebab aya mau pulang ke kg arini
yippy2...doakan semoga aya slmt
dalam perjalanan ya...aminn

oklah aritu dalam n3 INI
aya ada cakap nak share pasal kelebihan
surah-surah yang dibagitau tu kan so
moh aya citer pasal surah At Taubah
dulu ya n3 lain aya citer pasal lagi dua
surah ok... ni pun aya baru  tau jgk
almaklumlah tak pandai sgt so
sharing is caring kan..


Barangsiapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari surah At Taubah sebanyak 7x yang diulang sesudah solat fardhu, maka:
- jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
- jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
- jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
- jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
- jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
- jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
- jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.
Ayat 128-129 hendaklah dibaca sekali setiap selesai melakukan solat fardhu, insyaallah orang yang mengamalkannya akan memperoleh syafaat Rasullullah s.a.w.di hari perhitungan kelak.
Mengamalkan ayat 128-129 sangat baik kesannya untuk menolak sebarang penyakit.
Ayat 129 adalah doa bertawakal kepada Allah SWT supaya mencukupkan keperluan diri dan keluarga. Amalkan ayat ini dengan membacanya tujuh kali selepas solat subuh dan tujuh kali selepas solat Magrib dengan yakin bahawa Allah sahaja yang dapat memberi pertolongan. Insyaaallah, Allah SWT akan mencukupkan segala urusan dunia dan akhirat.
Ayat 129 ini juga adalah ayat pendinding. Ayat ini juga boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang kali.
Jika dibaca pada waktu pagi ia boleh menjauh ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindar ancaman pada waktu malamnya. InsyaAllah.

ok..nak tau lebih lagi
boleh la rujuk kepada mereka2 yang
arif.. selamat beramal kawan2

*tgn kat dada mata kelip2 smgt nk blik kg* 

smile wit luv

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI