HOME MY BLOGSHOP

Saturday, December 17, 2011

NoveL- CK

Salam
aritu kan aku dah citer pasal novel ASST
arini nak share pasal novel CK ni plak
novel ni pn aku baru jer abis baca
ni pun 2 malam jer aku dah
berjaya abiskan novel ni..giler kan
kalau dah minat tu takde hal la
ikutilah sinopsis novel ini


Sinopsis Cinta Kontrak
"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.
Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.
Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?
"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.
**************************************************************************
pada pendapat aku novel ni ok jugak...best la...pasal kawin kontrak...cinta pandang pertama...pertemuan yang tak disengajakan...org ketiga... pergaduhan...cinta 2 darjat..persahabatan....lebih kurang macam tu la jalan ceritanya...but still happing ending seperti yang diharapkan oleh pembaca....hehehehe...(tp ada a few thing y mcm tak logik) (3/5star aku kasi)....kepada sesapa yang nak baca dulu novel ni boleh g kat blog koleksi novel dan cerpen online...tapi cerita dia tak abis la kalau nk tau ending kena gak g bli novel ni kat kedai buku....hehehehe

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI