HOME MY BLOGSHOP

Wednesday, December 14, 2011

NeW NoVeL-CK n ASST

hai salam sumer
ni pun citer dah lama gak tap br nak update
hehehehe...arini aku lebih rajin so manyak jer
n3 muncul kat blog aku ni...hehehehe
so jangan jeless ea..sbb aku malas
nak uat kerja arini... - ampun bos

bagi yang tak tau aku ni kaki novel gak
ni ntah novel yang keberapa aku pun tak hengat
tapi ni aku baru jer beli awal bulan aritu,,, siap order kat
KARYA SENI lagi sbb asyik takder jer kat MPH tu
naik geram aku dibuatnya

yang paling syioknya
makin bertambahla koleksi novel aku ni
hahahahah sukanya akuuuu

aku beli Cinta kontrak ngan Awak Suka Saya tak?


tapi aku nak citer pasal novel ni dulu


SINOPSIS

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha
*********************************************************************************
"Cara MELUR JELITA mengolah perasaan seorang INTAN itu sangat best. Peringkat awal (seawal page 10) aku dah terbahak guling-guling gelak sebab memang banyak yang kelakar.

Teks dia pendek-pendek. Perasaan seorang INTAN itu sungguh mengagumkan.Bila masuk pertengahan ada sedih pula.Kemudian perasaan berbunga, macam dalam hati ada berekar-ekar taman bunga ros!

HILMAN kemudian jatuh kuda dan hilang ingatan sehari sebelum majlis nikahnya dengan INTAN. Dengan perasaan bersalah INTAN menjalani hidup yang agak sengsara tetapi dia menjadi begitu tabah dan cekal untuk mengatasi kekecewaan kerana tak jadi kahwin.

Hilman hilang “disorok” keluarganya yang ternama. INTAN risau tentang agamanya Hilman. Sudah murtadkah Hilman?

Dengan keyakinan dan semangat (juga rasa cinta yang penuh di jiwa), INTAN kembali ke resort bagi mencari Hilman untuk mencari jawapan atas kekeliruan. Hilman kembali menjadi Damien dan INTAN merasa sangat bersalah seandainya Hilman sudah murtad.

Cinta tidak semestinya bersatu, kan? Hanya orang yang kuat semangat boleh menerima dengan redha dan syukur." yang ni aku curi kat blog ni azieazah-aa.blogspot.com/


harap pn blog tu tak marah ya....kalau nak tau lebih lanjut boleh ler baca kat blog azieazah ataupun blog penulis tu sendiri melur jelita pasal novel ni.... tapi pada aku novel ni mmg superveb la...best giler aku baca... feeling abis lak tu...siap blh gelak2, senyum2, nangis2 lagi...siap blh perasan jap aku la Intan tersebut...hahahaha....mereng kan..ada aku kisah..
tapi mmg sangat sangat sangat best ar...ada banyak benda yang boleh dijadikan panduan dan pengajaran dalam kehidupan aku ... tetiba jer terasa nak bercinta mcm tu n nk cr org yang macam Hilman tu jd pendamping aku... agak2 wujud tak ea...tlg jgn gelak kat aku ea, aku nk perasan jap... kalau ada kan bagus
8-> day dreaming8-> day dreaming8-> day dreaming.....
hahahaha (mmg 4/5star la aku kasi)...

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI