HOME MY BLOGSHOP

Sunday, October 24, 2010

MaTahaRiKu

@@ Selamat Malam Sumer @@

hai..... akhirnya berjaya jugak saya nak mengupdate blog saya ni....bukan apa almaklumlah bila guna BB ni ada masa ok ada masa tu buat saya hangin satu badan jer sebab tahap pemprosesan yang sgt2 la lembap.... nak kata line tak ok duduk dah atas awan dah tingkat 14 tapi mak aii still ler lambat jugak....tak tau ler nak kata apa.....

ok la kalau tgk tajuk en3 saya tu apa korang agak2 ea.... hahahaha sebenarnya tu tajuk novel la.... saya baru jer habis baca novel ni ari jumaat ritu... ni novel ke 20 saya (kat umah ni la tak termasuk y ada kat kg)... novel ni ditulis oleh aina emir salah seorang penulis yang sy minat.....

meh saya share sikit pasal novel ni....sebab pada saya novel ni sgt menarik...saya citer sinopsis dia jelah ea...kalau nak tau keseluruhan citer kena la g beli sendiri..... ngeh3... sinopsis saya cetak dari novel tu jugak....hehehee....latarbelakang citer ni kat Yemen...Bila baca citer ni sy rasa sy la watak dlm novel tu...perasan Ya Allah..kuang3

Jom Layan Sinopsis : Matahariku
Syakira, gadis biasa2 y bertahi lalat dibawah bibirnya, sekalipun tidak sehebat seorang ratu tetap istimewa. keresahan jiwa telah menjadikan dia gadis nakal y menghabiskan masa di dunia fantasi 'anime'. Dia juga menjadi 'pakar mengurat' di alam maya. sekalipun umurnya telah mencecah kedewasaan, namun cinta dan kasih sayang seorg lelaki tidak pernah berbunga dalam hdupnya.
Perkahwinan merupakan sesuatu y mengerunkan, krn nun jauh di lubuk hati, dia bimbang menjejaki ibunya, dan tak mahu dilabelkan sbg gadis 'materialistik'. Pun begitu kehadiran khair @kai sejak remaja lagi, kini mula merubahkan perasaannya, kalau dulu dia tak merasakan Kai tu menarik, kini dia tau lelaki itu mampu menyinari hidupnya. Bukankah mereka serupa shj?
Malangnya tiba2 shj ombak deras dtg memukul, lalu mengucarkacirkan hidupnya. Syakira terkapai-kapai dan tidak tahu ke mana. tahu2 dia sudah terperangkap dlm sesuatu yang hampir dekat dgn igauannya!
Kehadiran lelaki y berketurunan campur itu meresahkan lagi hidupnya. Mengapa dia harus hadir dan mengelirukan keadaan? Apakah kuasa y dia ada utk melemahkan semangat dan mengecutkan perut gadis y kaya dgn keayuaan asli itu?

* tanpa suaramu aku bagaikan hilang arah....

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI